Perkhidmatan IT & Pembangunan Web

JaguhSystem Dotcom

πŸ“ Barat Daya, Pulau Pinang

Tentang bisnes

JaguhInternet.com bermula pada tahun 2005 dengan satu matlamat yang jelas, iaitu membantu individu dan perniagaan memanfaatkan kuasa internet. Ketika itu, ramai yang masih melihat internet sebagai sesuatu yang rumit dan mahal. Kami percaya teknologi sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja, daripada peniaga kecil sehinggalah syarikat yang sedang berkembang.

Sepanjang lebih dua dekad perjalanan ini, kami terlibat dalam pembangunan pelbagai jenis projek, daripada website perniagaan, portal keahlian, sistem pengiklanan, platform affiliate dan sistem jualan, sehinggalah aplikasi pengurusan perniagaan. Setiap projek memberi pengalaman berharga tentang apa yang benar-benar diperlukan oleh pengguna dan pemilik bisnes di Malaysia.

Hari ini, pengalaman tersebut digabungkan dengan teknologi pembangunan web moden dan penggunaan Artificial Intelligence (AI). Hasilnya, proses pembangunan menjadi lebih pantas, lebih cekap dan lebih tepat dengan keperluan anda, tanpa mengorbankan kualiti.

Kami tidak sekadar membina website. Kami membantu merealisasikan idea anda menjadi sistem yang boleh digunakan.

Apa yang kami boleh bantu:

🌐 Pembangunan website bisnes yang moden dan kemas
πŸ‘₯ Portal keahlian lengkap dengan pendaftaran dan pengurusan ahli
πŸ“’ Sistem pengiklanan dan portal iklan online
🀝 Platform affiliate dengan pautan rujukan dan jejak komisen
πŸ›’ Sistem jualan, order dan pengurusan stok
πŸ“Š Aplikasi pengurusan perniagaan mengikut keperluan anda
πŸ€– Penyelesaian lebih cekap dengan bantuan teknologi AI

Ada idea bisnes yang nak direalisasikan? Jom bincang bersama kami hari ini dan ubah idea anda menjadi sistem yang berfungsi! 010-5012313

Lokasi & kawasan perkhidmatan

Baling, Kedah, 09100

Lokasi: Barat Daya, Pulau Pinang